Tukang Susun Pin Boling
Tukang
susun pin boling ini kebiasaannya adalah dari kalangan kanak-kanak yang
diupah oleh pusat boling untuk menyusun pin-pin boling pelanggan di
situ.
Kalau aku kerja macam ni, aku paling suka kalau orang main masuk longkang.
HAHAHAHAHA
Jam Loceng Manusia
Mereka
ini dibayar untuk memastikan setiap orang bangun tepat pada masanya
untuk pergi ke tempat kerja masing-masing. Mereka mengunakan galah,
belantan atau batu kerikil (kecil, seolah-olah menyumpit) dan untuk
mengejutkan mereka yang sedang tidur dengan mengetuk tingkap rumah.
Sebenarnya,
pekerjaan ini masih wujud lagi. Tapi sekarang yang mengalas tugasan ini
tak lain tak bukan, ibu-ibu dan juga isteri-isteri (termasuklah mak
aku).
Pemotong Ais
Sebelum
peti sejuk moden diperkenalkan, pemotong ais ini akan mengergaji ais di
tasik beku untuk orang ramai gunakan pada bilik simpanan bawah tanah.
Nampak macam seronok je kerja dia orang ni. Tapi bahaya.
Pendengar Pra-Radar Pesawat Musuh
Sebelum
radar dicipta, tentera menggunakan cermin akustik dan alat pendegar
seperti ini untuk mengesan bunyi enjin pesawat musuh.
Boleh guna binatang ni nak dengar jiran belakang rumah mengumpat kita. HAHAHA
Penangkap Tikus
Di
Eropah, mereka mengajikan pengakap tikus untuk mengawal populasi tikus.
Mereka ini berisiko tinggi untuk mendapat penyakit dari jangkitan
tikus, tetapi mereka sangat berjasa kepada masyarakat kerana berjaya
mengawal jangkitan itu merebak dalam kalangan penduduk tempatan.
Kiranya, dia orang ini macam polis lah juga ye tak?
Tukang Memasang Lentera
Sebelum lampu elektirk dicipita, mereka ini ditugaskan untuk menghidupkan, menambah minyak tanah dan memadakan api lentera.
Fuhhh, bayangkan kalau ada 100 tiang lampu untuk satu kawasan perumahan.
Pemandu Balak
Sebelum
wujudnya lori balak, balak di pindahkan melalui sungai. Abang-abang ni
lah yang akan pandu dan pantau ke mana balak tu akan pergi.
Awesome!!!
Pengendali Papan Suis
Pengendali
papan suis adalah penting dalam operasi rangkaian telefon sebelum
teknologi moden menjadikan mereka ketinggalan zaman. Mereka akan
menyambung panggilan jarak jauh dan melakukan perkara-perkara lain yang
kini dilakukan secara digital.
Mesti tension kerja macam ni.
Resurrectionist
Resurrectionist,
ditugaskan pada kurun ke-19 untuk mengambil mayat dari tanah perkuburan
untuk kegunaan unversiti bagi tujuan pembelajaran.
Kerja yang seram lagi menyeramkan~
Penghibur Pekerja Kilang
Mereka
ini ditugaskan untuk memastikan setiap pekerja akan sentiasa terhibur.
Mereka akan membaca cerita, jenaka atau apa-apa sahaja yang boleh
menghiburkan hati semua pekerja.
Kalau sekarang ni orang ni lebih kurang macam DJ radio lah.
View the original article here
0 Response to "10 Pekerjaan Yang Sudah Tidak Lagi Wujud"
Post a Comment