Tahukah
anda masalah obesiti menjadi salah satu masalah penduduk Malaysia pada
hari ini. Obesiti bukan hanya mengundang penyakit tetapi juga boleh
menurunkan rasa keyakinan diri seseorang. Malah, terdapat banyak pil
pelangsing dijual di laman sosial mahupun dilihat di papan iklan. Tetapi
tidak semua mendatangkan hasil kalau pemakanan kita masih tidak dikawal
dengan betul. Bolehkah minuman membantu kita untuk melangsingkan tubuh
badan?
1. Kopi Hitam
Tahukah
anda bahawa secawan kopi hitam di awal pagi atau segelas kopi ais di
waktu tengah hari sebenarnya membantu dalam menurunkan berat badan.
Bagaimana? Ia berfungsi dalam merangsang kafein yang boleh mengawal
nafsu makan. Malah ia juga mampu memanaskan tubuh badan kita dan
meningkatkan metabolisme dalam badan. Cuma, kurangkan gula dalam kopi
atau gunakan susu skim.
2. Air
Wanista
pernah menulis artikel berkaitan keberkasanan air malah rutin minum air
suam mampu turunkan berat badan. Ia bukan sahaja membuang toksin dalam
badan, malah ia sangat berkesan dalam membantu untuk menurunkan berat
badan yang berlebihan. Anda juga boleh menambah rasa seperti meletakkan
sehiris buah lemon, limau nipis, timun juga boleh ataupun tomato kerana
sayuran ini memberi banyak manfaat.
3. Jus Sayuran
Tidak
kisahlah jus yang siap di beli dalam tin, botol atau pun buatan
sendiri, jus sayuran seperti jus bayam adalah salah satu cara yang
berkesan untuk memberi serat dan nutrien dalam badan kita untuk membantu
tubuh badan kita menurunkan berat badan. Pengambilan sayuran dan
buah-buahan membuatkan kita kenyang lebih lama.
4. Teh Hijau
Teh
Hijau terbukti berkesan membantu dalam pelangsingan tubuh. Ia juga
membantu meningkatkan metabolisme. Cuba amalkan meminum teh hijau tidak
kira sejuk atau pun panas. Teh hitam dan oolong kerana kedua-duanya
mengandungi anti-oksidan yang boleh menyingkirkan toksin dalam badan.
0 Response to "4 MINUMAN MAMPU MELANGSINGKAN TUBUH BADAN"
Post a Comment