Baru2 ini ada
netizen berkongsikan gambar di Facebook seorang gadis yang terlantar
tidak sedarkan diri di bangku premis pasaraya yang dikatakan berlaku di
Sandakan, Sabah. Dikatakan juga wanita itu cuba membunuh diri dengan
meminum Clorox. Tidak tahu kisah penuh mengenai isu tersebut dan tidak
dapat dipastikan juga sama ada wanita tersebut dapat diselamatkan atau
tidak.
Kebiasaannya wanita
yang mahu membunuh diri ini biasanya mengalami masalah percintaan atau
rumahtangga yang kronik. Ada juga kes lelaki yang cuba bunuh diri atau
cederakan diri sendiri sebab masalah percintaan juga tapi tak sebanyak
wanita. Di Facebook juga terutama di page KHK
banyak gambar perempuan muda2 yang post gambar mereka menoreh tangan
mereka dengan pisau sehingga berdarah kerana kecewa dengan teman lelaki
mereka seperti video dan gambar berikut:
Kenapa lah ada
orang yang sanggup melepaskan nyawa atau mencederakan diri semata2
kerana lelaki? Tak berbaloi pun. Ko mati katak ke, tangan berparut2 ke,
lelaki tu tak peduli pun. Jangan buat kerja bodoh. Hidup ni bukan
semata2 demi lelaki atau perempuan sahaja, banyak lagi perkara yang
lebih best boleh dienjoy selain dari percintaan sahaja.
Paling tidak pun, kita masih ada agama.
0 Response to "Gadis Sanggup Bunuh Diri Demi Cinta "
Post a Comment