Inilah Punca Sebenar Pengantin Meninggal 3 Jam Sebelum Majlis Bersanding |
Sebelum ini, ramai yang membuat spekulasi pengantin perempuan yang
meninggal dunia 3 jam sebelum majlis persandingan telah dicabut nyawanya
oleh ‘benda’ yang dihantar pengamal ilmu sihir (black magic). Tapi
bukan itu yang berlaku sebenarnya. Hasrat dua keluarga untuk melihat
anak masing-masing bersanding di atas pelamin, tidak kesampaian apabila
pengantin perempuan meninggal dunia, tiga jam sebelum majlis itu
berlangsung di Dewan Yayasan Felda di Kelana Jaya, dekat sini hari ini.
Junaida
Jamaludin, 29, yang baru diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhammad
Danial Zainal Abidin, 30, malam tadi, ditemui tidak bernyawa oleh ahli
keluarganya di bilik rumah mereka di Petaling Jaya, kira-kira pukul 8.30
pagi.
Lebih
menyedihkan, kematian Junaida hanya diketahui ketika ahli keluarga lain
sedang sibuk melakukan persiapan terakhir majlis persandingan yang
dijangka bermula pada pukul 11.30 pagi dengan jemputan seramai 900
orang.
Pengantin
difahamkan tidak mempunyai sebarang penyakit kritikal, walau
bagaimanapun pemeriksaan perubatan mendapati kematiannya dipercayai
berkaitan dengan masalah saluran urat di kepala.
Sebahagian
daripada tetamu yang dijemput turut terpinga-pinga sebaik sahaja sampai
di dewan berkenaan yang ‘suram’, sebelum mengetahui berita kematian
tersebut.
Abang
Junaida, Kamarul Affendy, 38, berkata, segala persiapan telah siap
sepenuhnya dan mereka sekeluarga hanya menunggu persandingan kedua-dua
mempelai disempurnakan sahaja.
Namun
katanya, takdir telah mendahului mereka apabila adik bongsu daripada
empat beradik itu telah pulang ke rahmatullah sebelum sempat menunaikan
tanggungjawab sebagai isteri.
“Kami
semua tidak sabar untuk meraikan pasangan pengantin baharu itu kerana
ini majlis kedua dalam keluarga kami. Semua benda telah pun siap dan
kami hanya menunggu untuk melihat arwah dan pasangannya berarak dan
bersanding di pelamin yang dihias indah.
“Namun
semua perancangan kami tinggal impian semata-mata kerana adik telah
meninggal dunia sebelum majlis itu sempat bermula. Majlis itu kami
jadikan sebagai kenduri arwah sahaja,” katanya ketika dihubungi, di sini
hari ini.
Menceritakan
kejadian itu, Kamarul Affendy memberitahu, Junaida gagal dihubungi ahli
keluarga yang lain ketika mereka sekeluarga mahu ke dewan untuk
persiapan terakhir.
“Kami
semua sepatutnya berada di dewan itu pada pukul 9 pagi dan ada ahli
keluarga yang lain cuba menghubungi adik namun panggilan tidak berjawab.
“Kami
kemudian ke biliknya dan kami sangka dia tidur kerana terlalu letih
ekoran majlis malam tadi, namun semuanya berubah apabila menemukan dia
tidak sedarkan diri,” katanya.
0 Response to "Inilah Punca Sebenar Pengantin Meninggal 3 Jam Sebelum Majlis Bersanding"
Post a Comment