
Gambar hiasan | abortionno.org |
Saya Aliya. Sejak kecil sampailah dewasa, saya sentiasa elakkan makanan
seperti sayur dan buah-buahan sebab tak suka. Kalau telan, rasa nak
muntah. Kalau pesan makanan panas, saya akan asingkan dulu semua sayur
termasuk bawang putih, barulah saya makan.
Pendek kata, semua jenis makanan berkhasiat, saya susah nak telan. Ya,
salah saya. Supplement pun saya tak ambil sebab tiada ilmu mengenai
kepentingannya.
Ini pengalaman kehamilan saya disebabkan tidak mengambil peduli mengenai semua perkara ini.
Saya menghidap HB Low disebabkan lifestyle saya yang tak teratur, selain
menghidap thalassaemia. Seperti wanita lain, ketika kita disahkan
hamil, keindahan dan kebahagiaan itu jelas terasa. Tak sabar rasanya nak
merasa denyut nadi dalam rahim ini.
Saya dan suami sudah rancang bermacam-macam untuk anak. Kami juga
rancang nak masukkan anak kami ke sekolah tahfiz dan menuntut di
Al-Azhar.
Dalam keseronokan itu, saya dimaklumkan oleh doktor bahawa anak di dalam
kandungan saya tiada denyut nadi. Selain tahap hemoglobin (HB) saya ini
rendah, saya juga berdepan dengan jangkitan pada rahim (cervical
incompetence) yang memungkinkan saya berdepan dengan keguguran itu.
Allah.. baru semalam kami bercakap mengenai masa depan anak ini, tetapi hari ini kami sekeluarga bersedih.
Anak ibu cukup sifat sayang. Anak ibu nampak comel di atas tapak tangan
ibu tetapi anak ibu sudah tiada nadi. 15 minggu anak ibu bersama ibu.
Bermainlah anak ibu di dalam syurga yang kekal abadi. Luluh hati saya
pada ketika itu.
Doktor kata, HB ini adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh
badan. Disebabkan saya mengalami anemia, tisu seluruh badan kurang
kandungan oksigen dan kurang tenaga. Bila saya pun tidak cukup oksigen,
macam mana saya nak berkongsi dengan anak? Allahuakbar. Salah saya.
Walaupun Allah pinjamkan anak ini buat kami sekejap sahaja, tetapi
kesannya begitu mendalam sebab pakaiannya semua kami dah beli.
Tahun berikutnya, saya disahkan hamil anak kedua. Alhamdulillah
walaupun HB saya misah rendah) tetapi mendapat pemantauan khas dari
Klinik Kesihatan ibu dan anak. Semasa kehamilan kedua ini, semuanya okey
kecuali masa kandungan mencecah 34 minggu, tumbesaran anak saya
berhenti.
Memasuki minggu ke-37, bayi saya tidak menunjukkan sebarang respon dan
kurang bergerak. Allah, apa pula kali ini? Kes saya dirujuk ke HKL.
Doktor meminta saya melahirkan bayi segera bagi mengelakkan risiko yang
tidak diingini berlaku.
Saya bersyukur pada masa itu sebab doktor dan jururawat semuanya beri
kata-kata semangat dan mendoakan saya. Betullah, masa kita tengah down,
pelukan adalah antara rawatan terbaik. Jururawat yang melihat saya sedih
dan menangis, mereka datang dan peluk saya. Sedikit sebanyak
mengurangkan beban.
Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak perempuan dengan berat 2.06
kilogram selepas lapan jam induce. Ingatkan semua dah selamat. Doktor
memaklumkan anak saya hanya mempunyai sebelah buah pinggang sahaja.
Allah, walaupun saya makan dan minum pelbagai jenis makan yang kaya
dengan zat besi. Namun saya berdepan juga masalah kesihatan ini
disebabkan saya pembawa thalassaemia. Kalaulah dari kecil saya jenis
makan sayur dan buah, sekurang-kurangnya saya boleh bantu elakkan ini
semua walaupun sedikit."
Bagi wanita yang mahu hamil, tolonglah ambil tahu tentang HB anda ini
kerana kesakitan bila kehilangan anak ini sungguh lain sekali. Dan
sebelum berkahwin, tolonglah buat ujian saringan thalassaemia. Ia sangat
penting untuk elakkan masalah seperti yang berlaku pada saya.
Perkongsian ini mendapat kebenaran dari pemilik laman 9 bulan 10 hari. Anda dilarang 'copy paste' artikel ini tanpa kebenaran penulis asalnya.
0 Response to "'Maafkan ibu sayang. HB Low jadi punca ibu hilang sayang...'"
Post a Comment