10 Kemalangan Paling Mahal Dalam Sejarah!!!

Kemalangan, tidak kiralah sama ada melibatkan harta benda, kenderaan, bangunan atau apa saja, biasa berlaku di mana-mana sahaja di dunia ini. Namun, berikut ialah antara kemalangan yang menelan kos paling tinggi dalam sejarah dunia moden.



10. Titanic
Kerugian: USD$150 juta





Peristiwa tenggelamnya kapal Titanic mungkin bolehlah dianggap sebagai salah satu kemalangan yang paling dikenali di dunia. Namun, ia bukanlah kemalangan yang paling mahal pernah berlaku. Pada 15 April 1912, kapal persiaran Titanic telah tenggelam dalam perjalanan sulungnya yang pada masa itu, Titanic dianggap sebagai kapal persiaran yang paling mewah pernah dibina. Lebih 1,500 orang telah terbunuh dalam kejadian menyayat hati apabila kapal tersebut melanggar aisberg dan tenggelam ke dalam air yang sangat sejuk. Kos untuk membina kapal itu ialah USD$7 juta ketika itu dan jika dinilai pada harga pasaran hari ini ialah USD$150 juta.

-----------------------------------------------------------------


9. Trak Tangki Minyak Dengan Jambatan

erugian: USD$358 juta





Pada 26 Ogos 2004, sebuah kereta telah bertembung dengan sebuah trak tangki minyak yang sedang membawa 32,000 liter minyak di atas jambatan Wiehltal, Jerman. Trak tangki minyak itu kemudiannya terlanggar pembahagi jalan dan terjatuh ke bawah menyebabkan berlaku satu letupan yang sangat kuat dan seterusnya menghasilkan kebakaran yang telah memusnahkan kemampuan jambatan tersebut untuk menampung sebarang kenderaan lalu diatasnya. Kos untuk membaiki kerosakan sementara dianggarkan bernilai USD$40 juta dan kos untuk menggantikan terus jambatan bernilai USD$318 juta.



-----------------------------------------------------------------



8. Kemalangan Metrolink

Kerugian: USD$500 juta






Pada 12 September 2008, dalam salah satu kemalangan keretapi yang paling buruk pernah berlaku dalam sejarah California, Amerika Syarikat, seramai 25 orang telah terbunuh apabila sebuah komuter telah berlanggar dengan keretapi Union Pasific di Los Angeles. Mengikut laporan, didapati kemungkinan komputer Metrolink telah melanggar signal merah semasa konduktor kawalan keretapi sedang sibuk ber'sms'. Kos sebanyak USD$500 juta adalah dianggarkan untuk saman yang dilakukan bagi nyawa-nyawa yang tidak bersalah yang telah terkorban dalam kejadian tersebut.

-----------------------------------------------------------------


7. Pesawat Pengebom B-2 Terhempas

Kerugian: USD$1.4 bilion





Pesawat pengebom B-2 telah terhempas sejurus sahaja berlepas dari sebuah kawasan tentera udara di Guam pada 23 Februari 2008. Penyelidik yang mengkaji kejadian tersebut telah menyalahkan data yang tidak sekata dalam kawalan komputer penerbangan tersebut yang disebabkan oleh masalah kelembapan dalam sistem. Ini menyebabkan pesawat itu tiba-tiba sahaja membuat pergerakan naik ke atas yang membuatkan pesawat ini terhempas. Pesawat ini adalah salah satu daripada hanya 21 buah pesawat tersebut yang pernah dibina. Peristiwa ini adalah kemalangan udara paling mahal dalam sejarah. Walau bagaimanapun, kedua-dua juruterbang pesawat ini sempat menyelamatkan diri sebelum pesawat ini terhempas.

-----------------------------------------------------------------

6. Exxon Valdez
Kerugian: USD$2.5 bilion






Walaupun kejadian tumpahan minyak Exxon Valdez bukanlah kejadian tumpahan minyak yang paling besar pernah berlaku di dunia, namun oleh kerana kedudukannya yang berada di kawasan yang terpencil iaitu di Prince William Sound yang hanya boleh dihubungi melalui pengangkutan helikopter dan bot, maka sebab itulah kos akibat kejadian tumpahan minyak ini menjadi sangat tinggi. Pada 24 Mac 1989, kira-kira 10.8 juta gelen minyak telah tertumpah semasa kapten kapal, Joseph Hazelwood telah meninggalkan kedudukan tempat kawalan kapal tersebut lalu melanggar batu karang. Kos pembersihan yang dilakukan oleh Exxon itulah yang telah menelan kos sehingga USD$2.5 bilion.

-----------------------------------------------------------------

5. Pelantar Minyak Piper Alpha
Kerugian: USD$3.4 bilion






Peristiwa ini telah menjadi bencana minyak di pelantar yang paling buruk di dunia. Pada suatu ketika, pelantar ini telah menjadi pengeluar minyak tunggal paling banyak membekalkan minyak untuk pasaran dunia dengan kemampuan mengeluarkan sehingga 317,000 tong minyak setiap hari. Namun, pada 6 Julai 1988, sebagai sebahagian daripada rutin bahagian penyelenggaraan, para jurutekniknya telah mengeluarkan dan memeriksa injap-injap keselamatan yang sangat penting untuk menghalang sebarang kemunculan gas-gas cecair. Terdapat lebih 100 injap keselamatan yang sama telah diperiksa. Namun, juruteknik telah membuat kesilapan dan terlupa untuk menggantikan salah satu daripadanya. Pada pukul 10 malam hari yang sama, seorang juruteknik telah menekan butang 'start' untuk pam cecair dan serta merta berlakulah kemalangan yang paling buruk dalam sejarah pelantar minyak di dunia. Dalam tempoh 2 jam sahaja, pelantar sepanjang 300 kaki itu dipenuhi api sebelum runtuh dan membunuh 167 orang pekerja di pelantar tersebut.

-----------------------------------------------------------------

4. Letupan Challenger
Kerugian: USD$5.5 bilion





Kapal angkasa Challenger telah musnah hanya dalam tempoh 73 saat sahaja selepas berlepas dalam peritiwa yang berlaku pada 28 Januari 1986 disebabkan kerosakan pada O-ring. Sistem telah gagal untuk mengunci salah satu daripada sambungan di kapal angkasa tersebut menyebabkan gas yang tertekan telah berjaya sampai ke bahagian luar. Ini menyebabkan tangki hidrogen cecair yang terletak dibahagian luar meletup dan mencetuskan letupan yang sangat besar. Kos untuk menggantikan kapal angkasa ini ialah sebanyak USD$2 bilion pada tahun 1986, kira-kira 4.5 bilion pada hari ini. Namun, kos-kos lain seperti penyiasatan, penyelenggaraan dan penggantian peralatan yang hilang menjadikan kos keseluruhan kemalangan kepada hampir 450 juta, kira-kira 1 bilion pada nilai hari ini menjadikan kos keseluruhan lebih kurang USD$5.5 bilon.

-----------------------------------------------------------------


3. Tumpahan Minyak Prestige

Kerugian: USD$12 bilion





Pada 12 November 2002, kapal tangki Prestige sedang membawa sebanyak 77,000 tan minyak semasa salah satu daripada tangkinya pecah semasa satu kejadian ribut di Galica, Sepanyol. Kerana takut kapal itu akan tenggelam, kapten kapal telah meminta bantuan daripada pihak penyelamat dari Sepanyol dan menjangkakan mereka akan membawa kapal tersebut untuk berlabuh. Namun, akibat tekanan daripada pihak berkuasa tempatan telah memaksa kapten untuk membawa kapal itu jauh dari pantai Sepanyol. Kapten itu kemudiannya cuba pula mendapatkan bantuan daripada kerajaan Perancis dan Portugis namun mereka juga mengarahkan supaya kapal tersebut bergerak jauh daripada perairan negara mereka. Akhirnya ribut telah menguasai kawasan tersebut menyebabkan kapal itu terputus dua dan telah membebaskan kira-kira 20 juta gelen minyak ke dalam laut. Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Pontevedra Economist Board, kos membersihkan tumpahan minyak ialah USD$12 bilion.



-----------------------------------------------------------------


2. Kapal Angkasa Columbia
Kerugian: USD$13 bilion





Kapal angkasa Columbia ialah kapal angkasa pertama NASA yang mengorbit angkasa. Ia telah musnah semasa sedang masuk ke ruang udara Texas pada 1 Februari 2003 selepas satu lubang terbentuk di salah satu sayapnya semasa pelancaran 16 hari sebelumnya. Kos asal untuk kapal angkasa ini ialah 2 bilion pada tahun 1978 iaitu kira-kira 6.3 bilion pada hari ini. 500 juta lagi dihabiskan untuk kos penyiasatan menjadikannya kemalangan udara yang paling mahal dalam sejarah dunia. Pencarian untuk bahan-bahannya yang berselerak sahaja memakan kos sebanyak 300 juta dolar. Keseluruhan kos, tidak termasuk penggantian kapal angkasa ialah USD$13 bilion mengikut laporan American Institute of Aeronautics and Astronautic.

-----------------------------------------------------------------


1. Chernobyl

Kerugian: USD$200 bilion





Pada 26 April 1986, dunia telah menyaksikan kemalangan yang paling buruk dan paling mahal dalam sejarah dunia. Peristiwa di Chernobyl telah digelar sebagai bencana sosio-ekonomik yang paling besar dalam sejarah manusia. 50 peratus daripada kawasan di Ukraine telah dicemari dan lebih 200,000 orang telah dipindah dan ditempatkan di lokasi lain manakala kira-kira 1.7 juta orang lagi telah terdedah secara langsung dengan kesan kejadian ini. Jumlah kematian yang diakibatkan oleh peristiwa Chernobyl termasuk yang mati akibat kanser kemudiannya dianggarkan berjumlah 125,000 orang. Manakala kos keseluruhan termasuk kerja-kerja membersih, penempatan semula penduduk dan pampasan kepada mangsa yang terlibat dianggarkan bernilai hampir 200 bilion. Kos untuk perlindungan keluli baru Chernobyl pula bernilai 2 bilion. Kejadian ini secara rasminya dikatakan akibat kesilapan para operator dipusat tenaga nuklear itu yang telah melanggar prosedur dan tidak mengambil endah peraturan keselamatan yang ditetapkan.\

0 Response to "10 Kemalangan Paling Mahal Dalam Sejarah!!! "

Post a Comment

?max-results=10">
'); document.write(" ?orderby=updated&alt=json-in-script&callback=labelthumbs\"><\/script>");