Adoi Parah... Pengantin Perempuan Silap Rumah - Seorang pengantin perempuan dibawa ke rumah pengantin lelaki lain oleh rombongan yang mengiringinya.
Dia hanya dimaklumkan mengenai kejadian yang memalukan itu pada saat akhir.
Penduduk
kampung berhampiran berbaris di sepanjang jalan raya untuk menyambut
ketibaan pengantin perempuan yang menaiki sebuah kereta mewah sambil
diiringi kenderaan lain dan mereka membunyikan hon kenderaan
masing-masing untuk memeriahkan suasana.
Apabila
rombongan itu tiba di rumah pengantin lelaki berkenaan, satu rombongan
pengantin perempuan lain juga berhenti berhampiran rumah yang sama.
“Hon kenderaan dan muzik dihentikan tiba-tiba dan orang ramai mula ketawa.
Anggota
keluarga pengantin lelaki meluru keluar dari rumah dan memberitahu
rombongan pengantin perempuan pertama bahawa mereka tersilap pengantin
lelaki dan salah rumah,” lapor media tempatan, semalam, lapor Metro
Online.
P/s: Gambar diatas hanya hiasan semata dan kejadian ini berlaku kat Yaman.
0 Response to "Adoi Parah... Pengantin Perempuan Silap Rumah"
Post a Comment