Adakah korang tahu kesan negatif jika bersama dengan telefon bimbit selama 24 jam atau tidur bersama telefon samada
berada pada badan anda atau di bawah bantal anda? Kita perlu tahu
kerana telefon bimbit akan membawa kesan negatif terhadap kesihatan kita
samada pada sudut fizikal atau mental.
Bagaimana hal ini boleh berlaku?
Di sini tao ingin berkongsi sedikit tentang hal ini. Tubuh manusia
mempunyai satu medan kuasa magnet yang melengkapi seluruh tubuh kita.
Kawalan medan elektromagnet terletak di pituitary gland. Apabila sistem
medan magnet ini mengalami gangguan atau tidak seimbang, maka timbullah
masalah seperti penurunan sistem imuniti badan.
Antara punca yang menyebabkan gangguan dan ketidakseimbangan pada medan
magnet tubuh badan adalah gangguan gelombang seperti telefon bimbit,
komputer, televisyen, kedudukan rumah yang hampir dengan pencawang
elektrik dan pencemaran daripada asap kilang. Apabila sistem medan
megnet tubuh badan telah terganggu dan menyebabkan berlakunya masalah
seperti penurunan sistem imuniti badan, selepas itu berlakulah
kompilasi-kompilasi penyakit pada badan.
Setiap anggota tubuh mempunyai getaran warna atau lingkaran
elektromagnet yang berbeza-beza ukuran getarannya mengikut ukuran
nanometer. Tubuh kita mempunyai tujuh bahagian warna, dimana
masing-masing mempunyai warna dan ukuran getaran yang berbeza-beza..
Apabila berlakunya pemerosotan dan gangguan medan elektromagnet maka
tubuh akan mengalami kemerosotan sistem imuniti badan dan secara
langsung akan mengakibatkan serangan-serangan penyakit yang disebabkan
oleh kelemahan sistem imuniti tubuh badan.
Kita semua maklum bahawa apabila system imuniti tubuh badan lemah,
berbagai-bagai penyakit boleh menghinggapi kita ibarat sebuah negara
yang amat lemah pada sistem ketenteraan dan pertahanan, mudah sahaja
diserang dan dipermain-mainkan oleh negara lain yang lebih kuat.
Oleh itu, saya juga menyarankan alternative perubatan bagi
mengaturbaikkan dan memperbaiki sistem gelombang yang tidak seimbang itu
dengan menggunakan batu permata. Batu permata yang disyorkan adalah
dengan menggunakan betu permata jenis berlian (diamond) atau clear
crystal. Ini adalah kerana kedua-dua jenis batu ini dianugerahkan oleh
Allah mempunyai tenaga, gelombang dan kuasa pembalikan (reflek) yang
tinggi. Antara cara penggunaannya adalah dengan memakainya samada di
batu cincin atau dibuat loket. Apa yang penting adalah berlian ini harus
menyentuh kulit kerana dengan cara tersebut ia akan membuat pergerakan
nadi menjadi stabil dan apabila ia menyentuh kulit ia akan bertindak
sebagai chelator di mana ia berupaya untuk menarik sisa-sisa toksik
melalui kulit, keluar melalui peluh.
TAOTAUAJER : Perlu
diingat bahawa proses keseimbangan badan adalah sangat penting bagi
seseorang, jadi batu permata adalah objek yang berfungsi membetulkan
medan elektromagnet yang ada pada setiap tubuh manusia. Bilamana berlaku
ketidakseimbangan medan elektromagnet ini, ia akan membuatkan tubuh
mengalami kemerosotan sistem imuniti badan. Wallahu Taala A’lam.- Koleksi Kesihatan
0 Response to "AWAS! - Bahaya Tidur Bersama Handphone [MESTI TAU]"
Post a Comment