Lebih kurang satu depa ke sebelah kanan pintu Kaabah terdapat satu
susunan marmar coklat kemerahan tanda untuk mengabadikan lokasi Jibril
a.s. semasa mengimamkan RasuluLlah s.a.w selepas turunnya perintah solat
dalam peristiwa Isra’ Mikraj.
Jibril a.s. turun sebanyak 10 kali yakni lima kali diawal waktu dan lima
lagi di akhir waktu untuk mengajar sempadan masa solat. Ia sebagai
perincian kepada keterangan firman Allah didalam kitab Al-Quran yang
mengkehendakki kita solat diwaktu malam, siang dan fajar. Penegasan ini
sesuai dengan solat sebagai tiang agama yakni Rukun Islam yg kedua
selepas Shahadah.
Lazim Imam Masjidil Haraam mengambil barakah lokasi ini semasa
mengimamkan jemaah solat waktu. Ada Duyufur_Rahman yg menceritakan
semerbaknya tempat sujudnya Jibril a.s. ketika solat disitu.
Alangkah bertuahnya dan amat beruntung tetamu Allah itu.
0 Response to "Foto tempat sujud sholat Malaikat Jibril di Pintu Kaabah kini terbongkar"
Post a Comment