Hadis tentang memakai pendakap Gigi / Braces



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
# Hadis tentang memakai pendakap Gigi / Braces
Dewasa ini ramai diantara kita yang memakai BRACES. Seperti sudah menjadi TREND sekarang ini. Ibubapa tanpa merujuk kepada ahli agama atau Ustaz begitu mudah memakaikan BRACES buat anak-anak mereka.
Berhati-hati lah sewaktu melakukan sesuatu didalam kehidupan kita agar kita tidak dilaknat oleh Allah dan Rasul sepanjang kita memakai BRACES atau melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh agama.
Rasulullah SAW bersabda: Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang minta disambungkan rambut, perempuan yang bertatu dan yang minta ditatu, perempuan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya, dan perempuan yang mencabut bulu muka dan bulu kening.
(Al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW juga pernah melaknatnya, seperti tersebut dalam hadisnya:
“Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebenarnya mencantikkan gigi ini bukanlah suatu perkara yang baru bahkan ia telah pun berlaku sejak sebelum Nabi s.a.w diangkat menjadi Rasul lagi.Ketika itu menjarangkan gigi ini menjadi “trend” wanita Jahiliyah supaya ia kelihatan cantik.Amalan kecantikkan wanita jahiliyah seperti itu dilarang oleh Nabi s.a.w dengan laknat dari baginda Nabi s.a.w.
Jika seseorang itu giginya dikatagorikan cacat maka ia dibenarkan(harus) menggunakan pendekap gigi atau apa-apa sahaja alat atau ubat yang digunakan bagi membaiki kecacatan giginya.Membaiki gigi yang cacat tidak termasuk mengubah ciptaan Allah.Adapun jika seseorang yang memakai pendekap gigi sedangkan giginya elok tidak ada cacat celanya,dipakai pendekap gigi supaya giginya menjadi lebih cantik lagi maka hukumnya adalah HARAM tapi jika perubahan itu tidak bersifat kekal ia tidaklah haram,contoh mewarna rambut dengan inai dan meluruskan rambut yang krinting tidaklah haram kerana perubahannya tidak kekal.ia hanya bersifat sementara.
# Memakai BRACES di haruskan jika ada orang menegur kita dengan "eh !! Buruknya Gigi awak "
Wallahua'lam...!!!
Hidup bukan untuk dilaknat Allah tetapi untuk dirahmati Allah.
# Boleh TAG nama anda dan rakan-rakan untuk rujukan kita dimasa hadapan.
Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar.
Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minadz zolimin.
Allahumma salli ala Muhammadin, wa ala ali Muhammad.

0 Response to "Hadis tentang memakai pendakap Gigi / Braces"

Post a Comment

?max-results=10">
'); document.write(" ?orderby=updated&alt=json-in-script&callback=labelthumbs\"><\/script>");