
Godfrey bersama isteri barunya Kate. Imej dari kfm.co.ug
Rupa paras bukan penghalang seseorang itu untuk menjalinkan hubungan dan hubungan bersama insan yang mereka sayangi. Ini kisah lelaki yang dilabel sebagai paling hodoh di Uganda yang sudah bergelar bapa untuk kali ke lapan. Lelaki yang bernama Godfrey Baguma ini, menderita sejenis penyakit yang tidak diketahui sehingga menyebabkan rupanya berlainan atau unik dari insan biasa. Godfrey yang berusia 47 tahun sangat gembira menyambut kehadiran cahaya mata yang kelapan hasil perkahwinan bersama dengan isteri barunya Kate Namanda, 30.
Dengan rupa paras yang unik, Baguma memenangi gelaran tersebut pada tahun 2002 selepas dia menyertai satu pertandingan yang menawarkan sejumlah wang yang banyak dan wang itu digunakan oleh Baguma untuk menyara kehidupan keluarganya. Sebelum mendirikan rumahtangga bersama Kate, Godfrey mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya bersama dengan isteri pertama tetapi perkahwinan mereka tidak kekal lama apabila Godfrey mendapat tahu isterinya curang dan menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

pasangan ini bersama cahaya mata baru mereka. Imej dari kfm.co.ug
0 Response to "Lelaki Uganda Paling Hodoh Ini Berkahwin Untuk Kali Kedua"
Post a Comment