Di bulan Ramadhan ini pasti ramai yang
ingin memperbanyakkan ibadah serta mengutip pahala berganda yang tidak
dapat diperoleh di bulan-bulan lain.
Ibadah bukan sahaja merangkumi dengan
menunaikan solat, berpuasa dan membaca Al-Quran sahaja, malah mengikuti
sunnah Nabi Muhammad SAW juga boleh dianggap sebagai ibadah.
Tips yang akan kami kongsikan ini pasti semuanya sudah tahu, tapi mungkin kita tidak pernah ambil berat mengenainya.
1. Jangan minum berdiri
Nabi menggalakkan kita minum dalam
keadaan duduk. Ini dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer.
Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika
kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di hadam oleh
badan.
Bila kita minum sambil berdiri, maka air
tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring
oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh menyebabkan penyakit
batu karang.
2. Jangan meniup air yang panas
Nabi juga melarang meniup air minuman yang panas. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut.
Jika ditiup ke air maka CO2 itu akan
larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam
karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung dan masaalah perut tidak
selesa.
3. Mandi sebelum waktu subuh
Nabi menggalakkan untuk kita mandi
sebelum waktu subuh. Ini kerana suhu air pada waktu tersebut dapat
membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan. Memang sesuai sangat di
amalkan bagi mereka yang ingin berdiet.
4. Jangan makan berselang-seli dengan minum air
Nabi melarang makan diselang-seli dengan
minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam
badan dan menyebabkan badan berangin.
0 Response to "[Ramadhan] 4 Tips Kesihatan Dari Nabi Muhammad SAW"
Post a Comment