Scha al-Yahya Harap Peminat Fikir Dahulu Sebelum Komen Mengguris Hati







Mengakui terguris dengan komen negatif serta perbandingan di antara anak selebriti, Scha al-Yahya sangat berharap agar perkara tersebut dapat dihentikan kerana merasakan situasi itu tidak sepatutnya timbul.

“Sekarang ini kecoh apabila ada pihak yang cuba membandingkan bayi siapa comel dan sebagainya. Bagi saya, isu sebegini tidak seharusnya timbul kerana masih kanak-kanak dan tidak berdosa. Mereka masih kecil dan apalah dosa mereka untuk dibandingkan itu ini”
“Hentikanlah bercakap perkara yang tidak elok dan membandingkan anak saya, anak Che Ta, anak Black, anak Tomok dan sebagainya,” kata Scha kepada BH PLus.
Scha juga berharap agar pihak yang ingin memberikan komen perlulah lebih bertanggungjawab dan mempunyai sivik selain berfikir terlebih dahulu jika dirasakan komen tersebut bakal mengguris hati dan perasaan kedua ibu bapa. (rtky/s)



0 Response to "Scha al-Yahya Harap Peminat Fikir Dahulu Sebelum Komen Mengguris Hati "

Post a Comment

?max-results=10">
'); document.write(" ?orderby=updated&alt=json-in-script&callback=labelthumbs\"><\/script>");