Top 5 Bapa Selebriti Malaysia Yang Hot



KUALA LUMPUR 21 JUN 2015: Sempena Hari Bapa untuk tahun ini, Murai Batu duk terfikir siapakah bapa-bapa selebriti yang menawan dan hot.

Orang kata!! pengaruh mereka bukan sahaja menjadi permintaan tinggi di media cetak mahupun elektronik malah menjadi idaman para gadis untuk mempunyai suami seperti mereka.

Nak buat macam manakan, orang kata berangan tak salah, bukan kena bayar pun, mana tahu kot-kot dapat suami yang hot bertuah lah badan yaa.

Jadi, dengan kesempatan ini Murai Batu senaraikanlah 5 bapa selebriti yang hot, yang mungkin anda setuju atau sebaliknya.

1. Yusry KRU

Seorang pengarah, pelakon dan pemuzik, akan bergelar bapa tidak lama lagi, namun aura dia masih lagi kuat dan diminati para penyokongnya. Walaupun sudah berusia lebih 40-an, kekacakkan dan personaliti masih lagi in.

2. Awal Ashaari

Aktif di bidang pengacaraan tidak kira di kaca TV, mahupun di majlis-majlis korporat. Bapa kepada Lara Alana ini, sering menjadi tumpuan ramai kerana naluri bapa yang terletak padi dirinya menjadi inspirasi kepada anak gadis. Bertuah Scha dapat suami yang baik dan penyayang

. Aaron Aziz

Pelakon kelahiran Singapura, sejak kemunculannya di industri seni tempatan, telah memberikan fenomena tersendiri terhadap kerjayanya. Sifat kebapaan yang terletak pada diri Aaron terutama melayan kerenah anak-anaknya, sering menjadi perhatian followers di media sosial.

4. Zain Saidin

Suami kepada Che Ta ini terus menjadi bualan ramai apabila sikapnya melayan anak tiri dan anak kandungnya di luar kotak pemikiran. Sangat sporting dan tidak pernah lelah melayan anaknya comel itu Aishah Dhia Rania tidak kira waktu, masa dan tempat.

5. Johan

Telatah Johan mengusik anak-anaknya dikongsikan di Instagram sering kali mendapat likes yang banyak. Sikap Johan yang bersahaja dan merendah diri itu, membuatkan Johan berada di liga tersendiri, dan boleh dijadikan contoh kepada bapa-bapa di luar sana.

Sumber: Murai

0 Response to "Top 5 Bapa Selebriti Malaysia Yang Hot "

Post a Comment

?max-results=10">
'); document.write(" ?orderby=updated&alt=json-in-script&callback=labelthumbs\"><\/script>");