4 Tips kesihatan Nabi Muhammad SAW

Di bulan Ramadhan ini pasti ramai yang ingin memperbanyakkan ibadah serta mengutip pahala berganda yang tidak dapat diperoleh di bulan-bulan lain.

Ibadah bukan sahaja merangkumi dengan menunaikan solat, berpuasa dan membaca Al-Quran sahaja, malah mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW juga boleh dianggap sebagai ibadah.

Tips yang akan kami kongsikan ini pasti semuanya sudah tahu, tapi mungkin kita tidak pernah ambil berat mengenainya.

1. Jangan minum berdiri

Nabi menggalakkan kita minum dalam keadaan duduk. Ini dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di hadam oleh badan.

Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh menyebabkan penyakit batu karang.

2. Jangan meniup air yang panas

Nabi juga melarang meniup air minuman yang panas. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut.

Jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung dan masaalah perut tidak selesa.

3. Mandi sebelum waktu subuh

Nabi menggalakkan untuk kita mandi sebelum waktu subuh. Ini kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan. Memang sesuai sangat di amalkan bagi mereka yang ingin berdiet.

4. Jangan makan berselang-seli dengan minum air

Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin.

0 Response to "4 Tips kesihatan Nabi Muhammad SAW"

Post a Comment

?max-results=10">
'); document.write(" ?orderby=updated&alt=json-in-script&callback=labelthumbs\"><\/script>");