CNN
dan media Barat kini sibuk mengancam Brunei disebabkan pelaksanaan
Undang-undang Syariah. Mereka memboikot semua hotel dan kepentingan
Brunei. Berikut adalah jawapan kerajaan Brunei kepada mereka:
“DALAM
negara-negara kamu, kamu mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan
media, kebebasan beragama dan lain-lain. Ianya di dalam Perlembagaan
kamu, ianya sistem politik kamu, identiti negara kamu, hak kamu, aturan
cara hidup kamu.
“Dalam
negara saya, kami mempraktikkan kemelayuan, Islamik, sistem Monarki dan
kami akan mula mengamalkan Undang-undang Islam, Undang-undang Syariah.
Islam berada di dalam Perlembagaan kami, identiti negara kami, hak kami,
aturan cara hidup kami.
“Kami
mungkin menjumpai kelopongan-kelopongan dalam undang-undang dan sistem
keadilan kamu dan kamu mungkin menjumpai kelopongan-kelopongan pada kami
pula, akan tetapi ini adalah Negara kami.
“Seperti mana kamu mengamalkan hak kamu untuk Gay dan lain-lain. Kamu lakukannya untuk dunia ini yang kamu diami sekarang, sedang kami mengamalkan hak kami menjadi Muslim untuk dunia ini dan dunia selepasnya. Ini adalah Negara Islam yang mengamalkan Undang-undang Islam.
“Mengapa
tidak kamu risaukan anak-anak kamu yang ditembak di sekolah-sekolah
kamu, penjara kamu yang gagal menempatkan orang-orang yang tertuduh,
kadar ketinggian jenayah dan DUIs, kadar bunuh diri dan pengguguran yang
tinggi dan apa-apa yang patut dirisaukan DI SANA. Banyak agama yang
menentang Homoseksualiti, ianya bukan sesuatu yang baru.
“Saat
kamu mendengar bahawa Islam dan Muslim membuat pendirian dan meneguhkan
kepercayaan mereka, kamu menghakimi, kamu memboikot, kamu katakan ianya
salah, ianya bodoh, ianya kejam. Sekali lagi, pergilah kepada
kebimbangan yang kamu patut tumpukan pada yang telah saya beritahu
sebelum ini.
“Tidak
salahkah membenarkan senjata-senjata membunuh, tidak salahkah
membenarkan bayi yang belum lahir dibunuh, tidak salahkah membenarkan
gaya hidup yang membawa pada AIDS dan kerencatan pada generasi baru?
“Mengapa
terlalu risaukan tentang apa yang terjadi di sini, di dalam negara
Islam sedang kamu tidak pun membuka mata tentang apa yang berlaku di
Syria, Bosnia, Rohingnya, Palestin dan lain-lain. Ribuan terbunuh di
sana dan kamu masih tidak peduli, tiada seorang pun yang terbunuh di
sini di bawah Undang-undang Syariah dan kamu kecoh menggembar-gemburkan
ia, walaupun penduduk di sini yang secara langsung terkesan darinya,
menerimanya dengan aman.
“Hukuman
mungkin sedikit keras, tidak bermakna ianya mudah untuk dilaksanakan.
Di sana ada proses-proses yang perlu dijalani sebelum boleh disabit
bersalah. Kami baik-baik saja dengannya, malah gembira.”
OLEH
| Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien | SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM
0 Response to "Inilah Kata-Kata BERANI Sultan Brunei Kepada Media Barat Yang MENGEJUTKAN Dunia !! "
Post a Comment