Kejadian bermula apabila Azwan Ali menulis di Twitter'nya yang dia teringin nak makan Steak untuk santapan berbuka puasa hari ini. Nur Azira yang membalas tweet tersebut dengan tulisan "Menate" mendatangkan salah faham pada Azwan Ali yang jelas tidak tahu ianya adalah nama sebuah restoran Steak popular dan bukan niat Nur Azira menggelarkannya sebagai "binatang".
Nur Azira jelas terkejut dengan respon dari Azwan Ali itu dan menjelaskan ianya adalah nama sebuah Steak House. Namun tiada respon memohon maaf dan sebagainya keluar dari mulut Azwan Ali sehingga saat ini dan hati hitamnya terus mengeluarkan kata-kata kesat (termasuk block) orang ramai yang menegurnya akan hal tersebut.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Hal tersebut turut mendapat perhatian dari pihak Me'nate Steak Hub apabila terbaca tentangnya di Oh! Media dan menjemput Nur Azira untuk datang berbuka puasa bersama keluarga di Restoran utama mereka di Ampang Jaya.
Pemilik restoran Me'nate Steak Hub, Chef Mustaffa Othman semalam apabila
Oh! Media tanya apa respon dia tentang apa yang berlaku ni, beliau yang
sangat positif hanya menjawab, "Takapalah, biarkan dia. Kita kena
penuhkan hidup kita dengan orang-orang yang positif dan orang yang buat
kita gembira. Abaikan orang-orang yang tidak memberikan kebaikan kepada
hidup kita. Tapi saya berdoa agar suatu hari Allah buka pintu hati
beliau untuk jadi insan yang lebih hebat".
Begitulah kata-kata seorang Master Butcher Chef berusia 62 tahun yang
berpengalaman tinggi menjadi tukang masak disegani untuk Queen Elizabeth
di Buckingham Palace sejak zaman Puteri Diana lagi. Biarpun kini
memiliki beberapa cawangan restoran yang cukup gah buat peminat daging
ini di sekitar Kuala Lumpur, tiada satupun kata-kata negatif orang
sekeliling yang dapat mengganggu dirinya yang semuanya diterima dengan
senyuman kerana menurutnya, cukuplah Allah sentiasa berada di sisi
dirinya.
Oh! Media juga turut diundang untuk berbuka puasa bersama-sama. Terima
kasih kami ucapkan kepada pihak Me'nate Steak Hub, Chef Mustaffa Othman
dan semua pekerja mereka yang memberikan layanan dan servis yang cukup
terbaik (VVIP) kepada pihak Oh! Media dan juga kepada Nur Azira
sekeluarga.
Bagi Nur Azira pula, apa yang berlaku ini dianggap sebagai rezeki bulan
Ramadhan untuk dirinya dan keluarga. Menurut Nur Azira, dia malu
diperlakukan begitu oleh Azwan Ali namun dia bukan sesiapa untuk
membalas. Biarlah Allah sahaja yang menentukan segalanya.
Itulah kisahnya tentang Nur Azira, Azwan Ali dan Me'nate Steak Hub yang secara tak langsung kami di Oh! Media juga terkait sama.
Selepas semua ini viral di Oh! Media semalam, Azwan Ali yang malu
sendiri dari sepatutnya membuat permohonan maaf kepada Azira namun terus
memilih untuk mengeluarkan sepatah dua kata di Instagram'nya seperti
berikut.
Untuk pengetahuan Azwan Ali, setakat Chili's dan Nandos tu semua, itu
semua kedai biasa-biasa sahaja. Semua orang boleh masuk kalau nak
lagi-lagi yang perasan artis walhal dah sendu tak laku macam awak.
Me'nate tu terang-terang jauh lagi tinggi level dia.
Sumber foto : Nur Azira
0 Response to "Lagi 4 foto paling cantik Nur Azira, wanita bertudung yang dimaki hamun Azwan Ali"
Post a Comment