Kurang 15 hari menjelang Aidilfitri, penonton sudah mula dihidangkan dengan pelbagai iklan raya. Iklan terbitan Astro yang berjudul ‘Tiada Noktah Untuk Kemaafan’ antara yang terawal membawa mood raya kepada penonton.
Tidak hanya di kaca televisyen namun pengguna media sosial juga turut memperkatakan mengenai iklan berkenaan. Berkisarkan
 mengenai seorang bekas penagih dadah yang dahagakan keampunan bapanya, 
video Herman kini menjadi viral di laman Facebook.
Memaparkan sebuah 
kisah benar, tumpuan pastinya terarah kepada pelakon utamanya, Herman 
yang bersungguh-sungguh memohon keampunan daripada abahnya. Jalan cerita dan dialog yang digunakan pastinya memberi kesedaran kepada penonton.
“Assalamualakum abah. Abah sihat? Lama kita tak jumpa.
“Tengok, Herman dan
 semakin kuat. Semua Herman boleh buat sendiri, mandi, makan, Herman dah
 boleh drive (kerusi roda) dan handal bersukan.
“Alhamdulillah 
Herman dah tak tinggal solat. Selepas solat, Herman mesti doakan abah.. 
banyak dosa Herman pada abah tetapi Allah maha pengampun kan?
“Teringin sangat 
nak jumpa abah.. Abah, walaupun Herman dah hilang suara tapi Herman nak 
minta ampun,” tutur Herman dalam video yang berdurasi 2 minit itu.
Penyesalan dan keikhlasan yang terbit daripada wajah Herman ternyata menjadikan video berkenaan ‘hidup’ di mata penonton.
Pengakhiran cerita penonton dikejutkan dengan kehadiran abah Herman yang pastinya membuat penonton menitiskan air mata.
“Abah memang maafkan kau,” tutur lelaki tua itu sambil menitiskan air mata dan memeluk erat anaknya.

0 Response to "Tonton Iklan Raya Paling Sedih Tahun Ini, Sediakan Tisu."
Post a Comment