Video Gelagat Pemandu Viva PHX1662 Tersebar

Video seorang pemandu kereta Perodua Viva berwarna putih dengan nombor pendaftaran PHX1662 'mengasari' mangsanya yang juga memandu kereta jenis yang sama tersebar di laman Facebook.
Video berdurasi 1 minit 32 saat itu dimuat naik di laman Facebook pada 26 Jun yang lalu. 
Berdasarkan video tersebut, dapat dilihat pemandu Viva putih mengejar kereta mangsa dan kemudian membaling botol mineral terkena pada kereta mangsa selain dari menunjuk isyarat alat sulit lelaki kepada mereka. 
Tidak cukup dengan itu, pemandu terbabit turut memperlahankan kenderaannya di hadapan kereta mangsa sebagai tindakan provokasi. 
Bagaimanapun, tidak dapat dibuktikan siapa yang bersalah dalam kes ini kerana kelihatan pemandu Viva berwarna putih itu mengejar kereta si perakam yang mungkin ada sesuatu yang terjadi sebelum itu.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak bertindak seperti ini apabila berada di jalan raya. Jalan raya adalah milik bersama, jadi usah berebut dan memandulah dengan berhati-hati dan jangan menyusahkan orang lain. - THEHYPEMEDIA.COM

0 Response to "Video Gelagat Pemandu Viva PHX1662 Tersebar"

Post a Comment

?max-results=10">
'); document.write(" ?orderby=updated&alt=json-in-script&callback=labelthumbs\"><\/script>");