2 wanita dirakam CCTV tabur 'sihir' depan premis mangsa

PERAI, PULAU PINANG - Kelibat dua orang wanita didakwa cuba menyihir sebuah kedai pesaingnya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) viral di media sosial. 
Dalam kejadian jam 6.24 pagi, 3 Mac 2017 di Bandar Sunway Seberang Jaya, dua wanita dilihat berada di hadapan sebuah premis yang kelihatan sedang cuba melakukan perbuatan bertentangan dengan ajaran agama Islam. 
Kedua-dua mereka terdahulu dilihat berbahagikan sesuatu yang kelihatan seperti serbuk dan terkumat-kamit membaca sesuatu pada tangan sebelum menaburkan serbuk itu di depan pintu premis tersebut. 
Selesai berbuat demikian, dua wanita terbabit beredar meninggalkan premis itu. 
Pemilik kedai yang menyedari tindakan dua wanita itu kemudian memuat naik rakaman tersebut di media sosial. Pemiliknya mendakwa dua wanita itu cuba melakukan sabotaj terhadap kedai miliknya. 

Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan dua suspek yang amat memalukan itu. 
"Inilah salah satu masalah yang kita kena hadap bila berniaga. Benda-benda syirik dan khurafat. Dari elok kedai ramai pelanggan, tiba-tiba senyap sunyi.
"Saya sudah biasa terkena semasa berniaga dulu. Lauk pauk cepat basi, nasi masak dua tiga jam tak masak-masak. Roti canai baru tiga jam lepas uli, sekali tebar, basi.
"Yang buat sihir itu pun orang dekat-dekat kedai itu juga. Tak puas hati sebab harga makanan di kedai kami lebih murah. Mujur ada seorang ustaz yang kebetulan datang ke kedai itu adalah kawan kepada bapa saya. 
"Katanya kedai kami telah disihir sampai orang tak nampak kedai kami. Kedai sentiasa kelihatan ditutup," kata Alan Sand Taufers. - The Reporter

0 Response to "2 wanita dirakam CCTV tabur 'sihir' depan premis mangsa "

Post a Comment

?max-results=10">
'); document.write(" ?orderby=updated&alt=json-in-script&callback=labelthumbs\"><\/script>");