Namun begitu, ada juga selfie yang berakhir dengan tragedi memilukan.
tao ingin kongsikan 12 selfie yang pasti mengingatkan kita bahawa ajal
dan maut itu memang tidak dapat diduga.
1. Oscar Otero Aguilar
Mabuk yang mengundang padah! Oscar yang berada di dalam keadaan mabuk
cuba berselfie dengan sepucuk pistol sebagai pelengkap gaya. Malangnya,
dia telah tertembak diri sendiri sewaktu sedang mengambil gambar.
2. Seorang lelaki di Jaen, Sepanyol
Selfie tidak bertempat! Lelaki berusia 21 tahun ini menemui ajal sewaktu
cubaan untuk mengambil gambar di atas sebuah kereta api akibat renjatan
elektrik.
3. Ahli Muzik Reggae Jadiel (Ramon Gonzalez)
Jadiel sempat merakam selfie terakhir ini sebelum dia terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan kematiannya.
4. Collete Moreno dan Ashley Theobald
Dua gadis manis ini sedang berada di dalam perjalanan menuju ke parti
meraikan bakal pengantin baru, Collete Moreno sewaktu dia merakam selfie
ini. Selang beberapa minit kemudian, kereta yang dipandu Ashley telah
terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan kematian Collete.
5. Gary Slok dan ibunya
Mereka berdua sepatutnya sedang berada di dalam perjalanan ke Malaysia
untuk menikmati percutian musim panas. Tetapi Gary Slok dan ibunya yang
merupakan penumpang MH17 tidak berpeluang menikmati percutian idaman
setelah kapal terbang malang itu ditembak jatuh sebelum terhempas di
kawasan sempadan Ukraine-Rusia.
6. Mohammed al-Chaar
Mohammed al-Chaar (berbaju merah) adalah seorang remaja Lebanon berusia
16 tahun yang sedang keluar bertemu rakan-rakan sepertimana kebiasaan
remaja lain. Namun begitu, nasib tidak menyebelahinya apabila turut
terkorban di dalam serangan bom yang dikatakan berkait dengan konflik
yang berlaku di Syria. Berang dengan apa yang menimpa al-Chaar,
sekumpulan remaja telah menggunakan media sosial Facebook dan Twitter
untuk kempen anti-keganasan.
7. Dua wanita di Iran
Kedua-dua wanita ini memang penggila selfie yang tegar! Mereka telah
terlibat dengan kemalangan sewaktu merakam video nyanyian mereka di
dalam kereta. Mujur kedua-duanya terselamat dalam kemalangan itu. Namun
begitu, mereka masih sempat berselfie sewaktu di dalam perjalanan ke
hospital. Nampaknya mereka memang tidak akan berasa serik untuk
berselfie pada masa akan datang!
8. Karen Hernandez
Karen sedang cuba untuk berselfie di sungai El Tunal yang terletak di
Mexico. Namun begitu, malang tidak berbau apabila wanita itu tergelincir
lalu terjatuh ke dalam sungai sebelum mati lemas.
9. Jenni Rivera
Selebriti sensasi Mexico ini telah merakam foto terakhir bersama krewnya
sebelum penerbangan berlepas. Jet peribadi yang dinaiki mereka telah
terhempas berhampiran Iturbide, Nuevo León, Mexico lalu meragut nyawa
kesemua penumpang.
10. Courtney Sanford
Courtney Sandford telah memuat naik gambar selfienya beberapa minit
sebelum terlibat di dalam kemalangan jalan raya. Ironinya, wanita itu
juga sedang mendengar lagu Happy nyanyian Pharrel Williams ketika
kejadian berlaku.
11. Pasangan dari Poland
Pasangan suami isteri ini telah menemui ajal akibat terjatuh dari tebing
tinggi Cabo De Roca semasa sedang berselfie. Mereka berdua dikhabarkan
sedang melancong ke Portugal sewaktu insiden buruk ini berlaku.
12. Xenia Ignatyeva
Remaja berusia 17 tahun ini dikatakan telah hilang keseimbangan sewaktu
cubaannya untuk berselfie di atas sebuah jambatan. Xenia meninggal dunia
akibat renjatan elektrik melalui kabel yang cuba dipautnya sewaktu
terjatuh.
0 Response to "OMG! - Inilah 12 Aksi Selfie Yang Berakhir Dengan Tragedi"
Post a Comment