Rakaman video berkenaan menjadi viral di negara tersebut di mana ramai
penduduk tempatan beranggapan ia adalah kapal makhluk asing.
Cahaya tersebut yang dirakam dalam video yang berdurasi 2:27 minit
menunjukkan ia cahaya itu sedang bergerak-gerak, melompat, hilang dan
muncul kembali seolah-olah sedang dikawal oleh sesuatu.
Bagaimanapun menurut saintis mereka tidak menolak kemungkinan cahaya
tersebut adalah halo (Sundog) yang terjadi apabila cahaya matahari
terbias terkena kristal ais di atmosfera.
Selain itu, pihak NASA juga tidak menolak kemungkinan fenomena ini
adalah Sundog dan ia melompat-lompat kerana perubahan medan elektrik di
atas awan selepas terkena kristal air di udara.
Kerana tindakbalas itu menyebabkan kristal geometri bergerak dalam orentasi baru menghasilkan pembiasa cahaya matahari berbeza.
'Tidak lama selepas itu, medan elektik kembali seperti normal membuatkan
pergerakan cahaya tersebut berhenti disebabkan kristal ais telah
kembali kepada orientasi asal mereka, "tambah Nasa.
0 Response to "VIRAL! - Cahaya Misteri 'Menari Dan Berlari' Di Atas Awan Berjaya Dirakam [VIDEO]"
Post a Comment