
Foto - Maz Nita |
Bagaimanapun, beberapa ahli MAHN berkongsi pengalaman masing-masing yang
juga pernah terkena situasi yang sama yang difahamkan berpunca dari
beberapa kecuaian penggunanya sendiri.
"Semasa dapur gas kaca seperti ini sedang panas, usahlah dilap dengan
kain yang basah walaupun kuah atau air tertumpah sekali pun. Kena tunggu
sejuk dulu, baru boleh dilap. Tak kira apa jenama terkemuka, itulah
tipsnya," kata Nurul Atiqah.
"Biarlah orang nak kata awak pengotor ke, pemalas ke dan dah masak tak
reti lap dapur. Orang tak faham, kita nak menjaga keselamatan.
"Selain itu, orang ramai perlu tahu bahawa dapur gas kaca seperti ini
tidak mampu menahan berat yang melampau kerana kebanyakan penggunaannya
'ditanam' dalam kabinet dan berat dapur gas disokong oleh kaca itu
sendiri.
"Senang cerita, jika ahli keluarga ramai, gunakan dapur gas yang klasik untuk keselamatan," kata Cik Bunga.
![]() |
Foto - Dzuliani Nanie |
"Dapur kaca ini khas untuk yang built in, yang table topnya dipotong
bentuk empat segi untuk memuatkan dapur gas kaca agar ada pengudaraan di
bawahnya.
"Bukannya diletakkan di atas table top seperti dapur gas biasa sebab tak
ada pengudaraan di sebelah bawahnya. Jadi, bahang panas tidak dapat
keluar atau dihalang table top akan mengakibatkan kaca itu panas dan
retak," kata Siti Noraida Johari.
Para pengguna khususnya golongan wanita terlebih dahulu membaca manual
prosedur penggunaan dapur gas kaca yang disertakan, agar kejadian atau
kemalangan yang tidak diingini dapat dielakkan. - The Reporter
0 Response to "Jangan lap dapur gas kaca dengan kain basah ketika masih panas "
Post a Comment