DOSA PAMPERS ANAK
Hari ini saya nak kongsi satu perkara dengan anda semua. Setelah
mendapat izin dah ayah, barulah saya berani nak kongsi kisah ini. Apa
yang saya nak kongsikan ini diharap dapat dijadikan sebagai pengajaran
untuk kita dan generasi akan datang.
Zaman sekarang ini, sudah jarang sangat orang pakaikan lampin yang
berulang pakai. Majoriti menggunakan lampin pakai buang, kan? Hanya
segelintir saja yang masih menggunakan cara lama, cuma kaedahnya sahaja
berbeza.
Kalau dalam keluarga saya, yang dah jadi mak-mak ini memang semualah
pakai lampin pakai buang ini. Semua jenis mak-mak nak cepat, express.
Kebiasaannya bila dah ramai-ramai di kampung mak ayah, selepas mandikan
anak-anak, kami kumpulkan satu tempat pampers anak-anak. Cucu ayah semua
ada tujuh orang setakat ini.
Nampak sikit saja, kan? Tetapi bila dah jam 12 tengah hari,
masing-masing dah mandi, memang penuh satu beg plastik pampers yang dah
digunakan.
Sampailah suatu hari, kami adik beradik ipar selepas dua hari berada di
kampung, masing-masing berkemas dan bersedia untuk balik ke lubuk rezeki
masing-masing. Ada yang balik pagi, ada yang balik tengah hari. Ada
yang bila-bila nak balik pun boleh sebab rumah sekangkang kera saja
dengan rumah mak ayah.
Bila menjelang malam, dapat WhatsApp panjang dari ayah dalam group
WhatsApp adik beradik. Masa itu baru saja sampai Perlis, dari Johor.
Dengan tenang dan rasa gembira, bukalah mesej WhatsApp dari ayah. Sebab
mesej dari ayah, kan? Mestilah manyak gumbira.
"Minta maaf dululah ye anak-anak, ayah nak cerita sikit. Semoga kita semua terpelihara dari dosa yang terhijab.
"Sepanjang ayah bersama emak
membesarkan anak seramai 5 orang di rumah atok ketika itu, antara sifat
emak yang anak-anak perlu tahu, emak tidak pernah membiarkan lampin atau
baju anak-anak di bilik air atau tinggal di bilik air kerana bimbang
atok akan membasuh najis atau baju anak-anaknya.
"Walaupun dalam pantang lima orang
anak, sekalipun emak takkan biarkan baju atau lampin anak-anak dinampak
oleh atok sebab takut atok tolong basuhkan.
*Orang Johor guna 'atuk' untuk panggilan nenek/opah
"Semua itu sebab nak jaga, jangan
sampai orang tua bersusah payah basuh semua najis anak-anak kita
sendiri. Ditakuti ada rasa sedih di hati orang tua tetapi didiamkan.
"Jika ini berlaku, kita akan berdosa.
Oleh kerana zaman telah berubah, anak-anak juga harus cekap uruskan
semua ini seperti ibumu. Tak kiralah sama ada di rumah mak ayah atau di
rumah mertua.
"Lagi satu sifat ibumu, dia takkan
banyak bercakap walaupun dirinya penat. Ayah minta maaf, semuanya untuk
kebaikan kalian dunia akhirat. Sebelum ayah tak ada di dunia ini, ayah
nasihatkan saja. Bila ayah dah tak ada nanti, tiada siapa yang akan
ingatkan anak-anak semua.
-Ayahmu-
Hah! Amekkaw! Bukit hempap atas kepala. Berjurai-jurai air mata saya
pada masa itu. Memang menyesal tahap melangitlah. Rasa nak patah balik
dari Perlis ke Johor. Terus call mak minta ampun, minta maaf walaupun
pada masa itu mak dah nak tidur.
Mak tergelak saja.
"Alah, tak ada bendalah. Mak tak kisah pun."
Adoi mak ni, hati mulia seorang ibu tetap katakan perkara yang nak
sedapkan hati anak. Rasa bersalah tahap gunung Everest itu sampai
sekarang pun masih ada. Memang sebelum ini adakalanya bila dah cebok
mandikan anak, pampers kitorang letak satu tempat untuk dibuang. Tetapi
kadang-kadang terlupa sampailah bila nak masuk kereta baru teringat nak
buang.
Sejak mendapat peringatan dari ayah, kami adik beradik ipar duai memang
akan buang pampers anak masing-masing sebelum balik. Atau nak mudah,
kami masing-masing akan kumpul dan bawa balik pampers anak-anak. Buang
di mana-mana tong sampah awam yang sesuai dalam perjalanan balik.
Kalau di rumah mak mertua pula, saya akan paksa suami pergi buang pampers anak ke belakang rumah, tempat pembuangan sampah.
Saya rasa bersyukur sangat ayah kuat untuk tegur dan beri nasihat dalam
hal ini. Kalau tak, kami tak sedar semua itu salah. Selama-lamanya
berdosa. Perasan baguslah kan balik rumah mak ayah tiap-tiap minggu
tetapi rupa-rupanya balik itu tinggalkan hampas yang menyusahkan mak
ayah.
Rasa teruk betul bila diingatkan semula. Benda simple pun tak sedar.
Sama-samalah kita ingatkan suami, suami ingatkan isteri. Dua-dua perlu
peka tentang pampers ini. Benda kecil boleh menjadi asbab pada dosa
membukit.
0 Response to "'Jangan sampai orang tua bersusah payah basuh semua najis anak-anak kita sendiri' - Ayah "
Post a Comment